Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Pusat Hidupan Liar Semenggoh pagi ini. Foto, Salasiah Safian (TVS).

Tengku Hassanal lawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh

BySalasiah Safian

KUCHING, 17 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh, di sini pagi tadi.

Baginda diiringi oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr. Jerip Susil serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Tengku Hassanal kemudian dibawa melawat Mini Gallery dan berkesempatan melihat telatah tiga ekor Orang Utan yang dinamakan Seduku, Edwin dan Sam.

Petang ini, Tengku Hassanal dijadual melawat Fort Margherita dan Dataran Ibu Pertiwi serta menghadiri Majlis Jamuan Teh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan