Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching diramal alami cuaca hujan berterusan tahap waspada sehingga esok.Foto, Bernama.

Kuching, Mukah dijangka alami hujan berterusan tahap waspada hingga esok

ByNina Azman

KUCHING, 16 Jan: Beberapa kawasan di Sarawak diramal mengalami cuaca hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ini membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah.

“Selain itu Tanjung Manis, Dalat dan Matu juga dijangka alami keadaan cuaca sama.

“Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh enam jam di sesuatu kawasan,” jelas MetMalaysia menerusi kenyataan media hari ini.

Selain Sarawak, situasi sama juga dijangka berlaku di Sabah membabitkan Beluran, Telupid, Sandakan dan Kinabatangan.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan