Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peningkatan serangan di Rafah dalam situasi itu boleh mengakibatkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar dan semua pihak harus melakukan segala yang mungkin untuk menghalangnya. Foto AFP

Gutteres gesa gencatan senjata segera, akses bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza

ByBernama

NEW YORK, 16 Jan: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin sekali lagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

“Kita memerlukan gencatan senjata kemanusiaan dengan kadar segera untuk memastikan bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Tiada apa yang boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin,” kata Guterres pada sidang media di New York, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau berkata masalah kelaparan yang sedang melanda penduduk Gaza menyumbang kepada risiko penyakit, kekurangan zat makanan dan ancaman kesihatan yang lain.

Setiausaha Agung PBB itu berkata seramai 152 pekerja PBB maut sejak 7 Oktober lalu, menandakan jumlah kematian terbesar dalam sejarah badan dunia itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan