SIBU, 16 Jan: Kerajaan Sarawak komited menyediakan prasarana sukan terbaik untuk kegunaan atlet menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata meskipun berdepan kekangan untuk membawa masuk kelengkapan sukan dari luar negara, ia tidak menghalang fasaliti itu dapat disiapkan sebelum penganjuran temasya itu kelak.
“Kita menyedari cabaran ini tetapi kita cuba sehabis baik.
“Dalam soal ini ada pihak tertentu yang dilihat berupaya membantu kami.
“Ini bukan sahaja dibawah bahu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), tetapi menjadi tanggungjawab pihak berkaitan di negeri ini,” katanya.
Gerald Rentap berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sukan Sarawak (SUKSAR) Sibu 2023 di sini, pada Selasa. -TVS