Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran pusat karaoke tiga tingkat di bandar Tegal di wilayah Jawa Tengah, Indonesia pada pagi Isnin, lapor Xinhua. Foto hiasan, Envato.

6 maut, 9 cedera kebakaran pusat karaoke di Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 15 Jan: Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran pusat karaoke tiga tingkat di bandar Tegal di wilayah Jawa Tengah, Indonesia pada pagi Isnin, lapor Xinhua.

Ketua Polis Tegal Rully Thomas berkata kebakaran berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan dan  pasukan bomba dengan dua jentera serta sebuah lori kren segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Kami masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran,” kata Thomas.

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Bandar Tegal Zaenal Abidin berkata seramai 15 orang telah dibawa keluar dan dibawa ke hospital berhampiran.

Beliau berkata enam kematian itu berpunca daripada terhidu asap gas beracun manakala sembilan yang cedera masih menerima rawatan di hospital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan