Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan (kiri) menunjukkan antara barangan yang disita pihaknya pada serbuan ke atas sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan elit di Simpang Ampat di sini hari ini. Foto TVS

KPDN sita 1,437 barang jenama mewah tiruan

NIBONG TEBAL, 15 Jan: Tindakan pasangan suami isteri menjalankan perniagaan barangan berjenama mewah tiruan mengundang padah apabila mereka ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada serbuan di sebuah rumah teres di Simpang Ampat di sini hari ini.

Pasangan itu merupakan antara empat individu termasuk dua pekerja wanita berusia 30-an yang ditahan bagi siasatan lanjut pada operasi bermula kira-kira pukul 11 pagi itu.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, pihaknya menyita 1,437 unit barangan disyaki menggunakan cap dagangan palsu bernilai kira-kira RM70,250 termasuklah beg tangan, dompet, gelang tangan, minyak wangi dan tuala.

“Operasi ini berdepan kesukaran kerana pasukan KPDN perlu melalui pelbagai kawalan untuk akses ke premis ini (di kawasan perumahan elit) yang dikawal ketat pengawal keselamatan.

“Sebelum ini mereka beroperasi di Parit Buntar (Perak) dan bertukar lokasi (ke sini) dengan beroperasi baru empat bulan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati, perniagaan itu dijalankan sepenuhnya melalui jualan secara langsung di laman sosial dengan memperoleh pulangan lumayan.

“Pembeli perlu membida semasa ‘live’ (siaran langsung) di Facebook dengan harga lebih tinggi dan ada yang mencecah bidaan RM1,400 untuk satu barang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan