Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PADU: 116,406 orang berdaftar setakat 14 Januari di Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Jan: Setakat semalam, seramai 116,406 warga Sarawak telah mendaftar maklumat masing – masing menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak, Dayang Rozana Abang Hassan berkata, kaunter pendaftaran telah dibuka di semua 133 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sarawak untuk memudahkan urusan pendaftaran.

“PEDi Sarawak membantu masyarakat mendaftar PADU di kaunter awam namun sekiranya orang ramai ingin menggunakan peranti sendiri juga tidak menjadi masalah,” katanya ketika dihubungi TVS.

Sarawak tubuh jawatankuasa baharu tangani isu PADU di luar bandar

Sementara itu, Dayang Rozana berkata, penerimaan masyarakat di kawasan pedalaman seperti Kanowit terhadap inisiatif dilaksanakan oleh PEDi juga sangat menggalakkan.

“Ini menunjukkan wujud kesedaran dalam diri masyarakat di Kanowit untuk mendaftar.

“Mereka sanggup datang dari jauh malah ada yang membawa anak kecil untuk didaftarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, flying squad berkemungkinan akan digerakkan pada Februari ini untuk membantu rakyat membuat pendaftaran.

“Pada masa ini DOSM Sarawak sedang berusaha untuk menyelesaikan urusan pendaftaran PADU di PEDi terlebih dahulu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan