Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan GPS sentiasa amal pengurusan kewangan baik

KUCHING, 1 Julai (Bernama) — Kerajaan Sarawak sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan baik terutamanya dalam usahanya menyalurkan bantuan buat golongan terkesan akibat COVID-19.

Menurut Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS), perkara itu dapat dilihat melalui pemberian pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang bernilai lebih RM4.5 bilion.

Menurutnya di dalam BKSS 6.0 juga kerajaan GPS memperuntukkan sejumlah RM35.5 juta bagi tujuan bantuan bekalan makanan buat mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam masa sama, kerajaan GPS turut berbelanja dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negeri ini yang meliputi kos kuarantin, melakukan ujian COVID-19 dan pembelian peralatan yang diperlukan petugas perubatan.

“Rekod prestasi kerajaan negeri baik dari segi pengurusan kewangan dan inisiatifnya mengurangkan beban rakyat terbukti lebih-lebih lagi semasa penularan COVID-19 di negeri ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab dakwaan aktivis Iswardy Morni baru-baru ini yang kononnya kerajaan negeri telah kehabisan wang sehingga tidak dapat membantu golongan terkesan COVID-19.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan