BOGOTA, 14 Jan: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat, lapor Agensi Anadolu.
@tvsarawak 33 maut, 19 cedera tanah runtuh di lebuh raya di Colombia. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews #TVSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok
“Saya amat kesal dengan kehilangan 33 nyawa dalam tragedi itu, kebanyakannya kanak-kanak…,” kata Naib Presiden Francia Marquez di X.
Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon berkata pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke wilayah itu dan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan. -TVS