Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, hari ini. Foto TVS

Langkah Dubai: Beri ruang Anwar Ibrahim kerja sampai habis – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Jan: Beri ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara sehingga habis, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tegas Premier Sarawak itu sambil menyifatkan bahawa isu ‘Langkah Dubai’ yang hangat diperkatakan kebelakangan ini sekadar membuang masa serta merugikan rakyat.

@tvsarawak

‘Biarkanlah (Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM) sampai habis (penggal)’ 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok Sarawak Malaysia

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Perdana Menteri sudah dipilih biarkan dia bekerja sehingga habis.

“Agenda tebuk atap hanya menyebabkan kestabilan politik negara tidak menentu kerana yang menjadi mangsa nanti rakyat juga,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung dengan Langkah Dubai pada sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, pada Jumaat.

Abang Johari menekankan bahawa pemimpin Malaysia perlu mengutamakan rakyat setelah memegang mandat untuk mentadbir negara.

Berkongsi dengan lanjut, beliau berkata kejayaan yang diraih Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021 lepas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negeri yang menganjur ke arah kestabilan dan tidak bermain politik.

“Ini adalah amanat yang diberi, kita harus bekerja keras,” tegas Abang Johari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan