KUCHING, 13 Jan: Kestabilan ekonomi Sarawak bersandarkan daripada keharmonian yang wujud dalam kalangan masyarakat negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak itu menyifatkan rakyat Sarawak mempunyai semangat kekeluargan yang akrab antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
@tvsarawak Sarawak pentingkan perpaduan dan keharmonian 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok Sarawak
“Kita hidup dalam suasana kekeluargaan, bak kata pepatah Melayu, cubit paha kiri, paha kanan terasa.
“Kalau anda menyentuh kaum cina, saya pun terasa,” kata beliau pada Sesi Townhall 7 Tahun bersama Premier Sarawak di sini, malam ini.
Dalam pada itu kata Abang Johari lagi, antara ramuan untuk memperkukuhkan keharmonian ini adalah berasaskan Piagam Madinah seperti mana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.
“Saya berpegang kepada piagam madinah sebagai seorang muslim, saya melihat contoh Nabi Muhammad yang memberi keadilan kepada semua,” ujar beliau.