KUCHING, 13 Jan: Sebanyak 10 buah bot pelbagai agensi ditempatkan di kawasan Satok sebagai persediaan menghadapi banjir di sini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki.
Menurutnya selain itu, terdapat juga bot kecil yang ditempatkan di kawasannya sebagai alternatif bantuan kepada penduduk yang mendiami kawasan di laluan yang sempit.
“Alhamdulilah kerajaan rasa kali tok amat bersedia dan kita ada bot lebih kurang 10 buah boat,” katanya pada Majlis Kesiapsiagaan Bencana Banjir Kawasan DUN Satok di Dewan Haji Kamarudin di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ibrahim meminta pihak berwajib mengeluarkan arahan segera kepada para penduduk untuk berpindah lebih awal sekiranya bencana banjir melanda.
“Kalau dapat kita menerangkan lagi dengan masyarakat kita berkenaan arahan pindah awal semasa banjir kepada masyarakat.
“Ia bertujuan agar kita tidak kelang kabut membuat perpinahan semasa banjir berlaku,” ujarnya.
Untuk rekod, sebanyak sepuluh buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) kawasan Satok telah disediakan bagi menampung sehingga 2,000 orang mangsa banjir di sini. -TVS