Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain pertahanan tengah Dion Cools berjanji untuk bermain lakukan segalanya dalam membantu skuad Harimau Malaya. Foto: Bernama

Piala Asia 2023: Pemain kelahiran Sarawak, Cools ikrar bantu Malaysia cipta sejarah

ByBernama

DOHA, 13 Jan: Pemain pertahanan tengah Dion Cools berjanji untuk bermain lakukan segalanya dalam membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah pada penampilan pertama mereka dalam tempoh 17 tahun di kempen Piala Asia 2023, di sini.

Cools yang bersedia untuk bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Kumpulan E menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan itu berkata beliau akan lakukan segalanya di padang, bagi memastikan Malaysia menang.

Peluang beraksi di Piala Asia 2023 tidak akan disia-siakan

Pemain Buriram United berusia 27 tahun itu berkata ia akan menjadi satu pencapaian menakjubkan jika Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir.

“Saya benar-benar percaya bahawa pasukan kita mampu untuk melakukannya (layak ke pusingan 16). Kami percaya kami boleh lakukannya, jadi ini perkara yang paling penting.

“Dan saya akan lakukan segalanya, Saya akan berlari dan melawan untuk memastikan kita akan boleh menang perlawanan itu,” katanya kepada media Malaysia di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.

Malaysia akan memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub di sini pada Isnin (1.30 pagi 16 Jan waktu Malaysia).

Pasukan di bawah bimbingan Kim Pan Gon itu, kemudiannya akan berhadapan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada 20 Jan, sebelum bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Jaboub pada 25 Jan.

Peluang beraksi di Piala Asia 2023 tidak akan disia-siakan

Sementara itu, mengenai pertemuan dengan Jordan, Cools optimistik bahawa Malaysia akan mampu untuk menyaingi mereka dan tidak akan terkesan dengan permainan keras dan fizikal pasukan ‘The Chivalrous Ones’ yang menduduki ranking ke-87 dunia.

“Kami juga mempunyai kualiti, kami mempunyai pemain yang laju dan berkebolehan, mungkin mereka (lawan) sedikit lebih kuat dan tinggi dari kami. Kita mempunyai kualiti, mereka juga berkualiti, jadi saya tidak begitu risaukan (cara Jordan bermain),” katanya.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007, tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan