Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang bersama para penerima Anugerah My Hero 4.0 Tahun 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Kementerian Perpaduan Negara

50 Duta Perpaduan, dua Ikon Perpaduan dilantik setiap tahun

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Kementerian Perpaduan Negara akan melantik 50 Duta Perpaduan dan dua Ikon Perpaduan setiap tahun mulai tahun ini.

Menterinya Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, mereka akan memainkan peranan untuk menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan semangat muhibah serta kerbersamaan.

“Inisiatif Duta Perpaduan akan menumpukan empat bidang iaitu perpaduan melalui kesukarelawan, penghayatan Rukun Negara, pengukuhan perpaduan negara dan pemuliharaan khazanah warisan negara,” ujarnya selepas Majlis Penyampaian Anugerah My Hero 4.0 Tahun 2024 di sini pada Khamis.

Pada majlis sama, Aaron turut mengumumkan enam penerima Anugerah My Hero yang dipilih daripada 13 calon akhir sebagai Duta Perpaduan bagi 2024.

Mereka terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Doktor Prihatin Dr Mohammed Hazimi Abdul Razak, bekas pegawai perubatan Dr Neville Anthony Fernandez, wartawan Peter Wee Eng Ming, pensyarah Dr Song Beng Kah dan sukarelawan Muhammad Farhan Param Kunaseigaran serta Tan Cheng Teng.

Aaron juga berharap setiap negeri dapat melantik Duta Perpaduan peringkat negeri dalam kalangan golongan belia seperti yang dilakukan Selangor dan Johor.

Katanya KPN melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan mempromosi perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini menerusi kesukarelawanan sekali gus mengiktiraf alumni YSS sebagai Duta Perpaduan.

Anugerah My Hero 4.0 merupakan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor serta akhbar Nanyang Siang Pau bagi mengiktiraf rakyat Malaysia yang menunjukkan keazaman dalam membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa.

Sehingga kini, 18 wira dan wirawati yang terdiri daripada pelbagai kaum menerima anugerah My Hero pada 2014, 2016 dan 2018.

Sementara itu, Aaron memaklumkan kementerian berhasrat untuk menganjurkan sambutan Hari Ponggal peringkat kebangsaan pada tahun ini dan maklumat lanjut mengenai sambutan pesta menuai oleh masyarakat India itu akan diumumkan dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan