Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Galong Luang bersama ahli jawatankuasa dan pengurus kontinjen Zon Tengah menjelang SUKSAR di Sibu, hari ini. Foto TVS

Zon Tengah sasar 40 pingat emas SUKSAR

SIBU, Jan 11: Kontinjen Zon Tengah menyasarkan 40 pingat emas menerusi Sukan Sarawak (SUKSAR) yang akan berlangsung di sini pada 15 hingga 18 Januari ini.

Residen Kapit, Galong Luang yang juga ketua kontinjen berkata, mereka menetapkan sasaran 10 emas dalam angkat berat, enam dalam taekwondo dan empat masing-masing dalam bola keranjang dan tinju.

Menurutnya, selain itu, tiga emas disasarkan dalam berbasikal, judo, dan silat, dua emas masing-masing untuk bola tampar, karate dan wushu, manakala satu emas disasarkan menerusi hoki.

“Pada tahun ini kita menyasarkan tempat kedua. Menerusi SUKSAR sebelum ini, kontinjen kami menduduki tempat ketiga,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penyelarasan persediaan terakhir pasukan Zon Tengah di sini, hari ini.

Kontinjen Zon Tengah terdiri daripada 364 atlet dan pegawai.

“Kami berharap atlet-atlet kami dapat memberikan yang terbaik dalam SUKSAR Ke-3 ini,” katanya.

SUKSAR akan menampilkan empat kontinjen yang terdiri daripada Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman), dan Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching).

Zon Utara muncul sebagai juara keseluruhan dalam SUKSAR yang pertama di Miri pada 2017, manakala Zon Selatan mendominasi SUKSAR II yang diadakan pada 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan