Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus Foto Amirah Shawel (TVS)

39 pusat jagaan kanak-kanak di Kuching masih belum berdaftar – Rosey

ByAmirah Shawel

KUCHING, 10 Jan: Sebanyak 39 pusat penjagaan kanak-kanak di Bandaraya ini masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus.

Bagaimanapun daripada jumlah itu menurutnya sejumlah 32 pusat penjagaan sedang dalam proses permohonan.

Menurutnya, antara faktor pusat-pusat jagaan berkenaan belum mendaftar adalah kerana keengganan pemilik untuk melalui prosedur yang diperlukan.

“Mungkin mereka enggan bersusah payah untuk mengisi borang. Kadang-kadang mereka tidak mengambil kira faktor keselamatan dan mengabaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada lawatan ke Taska Bimbingan Cahaya Cawangan Swee Joo Park di sini, hari ini.

Untuk rekod, penubuhan pusat jagaan kanak-kanak memerlukan perakuan daripada Jabatan Tanah dan Survei, Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Kementerian Kesihatan, sebelum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Pada tahun 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak—Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merekodkan sebanyak 18 pusat jagaan kanak-kanak di Sarawak berdaftar di bawah Seksyen 6 Akta Pusat Jagaan 1993. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan