Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta jenis Mercedes-Benz hangus dijilat api di kawasan kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung dekat sini awal pagi tadi. Foto JBPM.

Kereta Ahli Parlimen Beruas hangus dibaling molotov cocktail

IPOH, 10 Jan: Sebuah kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham hangus terbakar disyaki selepas dibaling dengan molotov cocktail di kawasan rumahnya di Ayer Tawar, Manjung dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu turut menyebabakan struktur tempat letak kereta terbakar.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa menerusi panggilan telefon kira-kira pukul 2.55 pagi sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian.

“Sebuah kereta jenis Mercedes-Benz dilaporkan terbakar, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V terkesan (haba) pada bampar belakang dan sebelah kanan badan serta pikap jenis Toyota Hilux terjejas pada hadapan.

“Turut ditemui di lokasi kebakaran adalah satu botol disyaki molotov cocktail dan usaha mengesan individu terlibat sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan