Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia dijangka terima lagi 586,700 dos vaksin AstraZeneca awal Julai

ByTVS

Malaysia dijangka menerima 586,7000 bekalan dos vaksin keluaran AstraZeneca bermula awal Julai ini, termasuk penghantaran tambahan untuk beberapa minggu akan datang.

Menurut laporan, lebih 828,000 bekalan dos vaksin telah dibekalkan ke negara menerusi inisiatif COVAX yang digerakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal berkata, “AstraZeneca kini berada pada landasan yang tepat untuk memberikan 6.4 juta dos antara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan sebagai menyokong penghantaran berjuta-juta lagi melalui program COVAX dan sumbangan orang ramai.

“Jangkaan penghantaran awal itu menunjukkan usaha kerajaan, industri dan agensi lain dalam menyokong sektor kesihatan dan ekonomi.”

“Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak lain sepanjang tempoh pandemik yang menyaksikan peningkatan kes, demi meletakkan Malaysia di landasan untuk kembali pulih secepat mungkin,” katanya.

Untuk makluman, lebih 30 juta dos vaksin AstraZeneca telah dibekalkan ke seluruh ASEAN setakat ini.

Dalam pada itu juga, vaksin AstraZeneca dilaporkan mempunyai tahap perlindungan yang tinggi terhadap varian delta dan alfa.

SUMBER – Awani

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan