Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor memohon maaf secara terbuka berkenaan isu cadangan buka rumah pelacuran. Foto: Rosyam Nor (FB)

Rosyam Nor mohon maaf isu rumah pelacuran

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 Jan: Pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor memohon maaf secara terbuka berkenaan cadangan kontroversinya iaitu rumah pelacuran dibuka untuk warga asing.

Rosyam, 56, menjelaskan petikan video yang tular mengenai perkara itu merupakan bahan promosi untuk program podcast Suhan Channel bertajuk Otak Porno.

“Ok, apa apa hal pun aku minta maaf dulu sebab aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar.

“Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast aku dekat Suhan Channel yang tajuk dia ialah Otak Porno,” katanya menerusi video di Instagram.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokthar menegur lontaran idea berkenaan dengan mengatakan ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.

Ia bahkan secara jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.

Sementara itu, Rosyam berkata, sedutan video itu merupakan perbincangan bagi siaran podcast berkenaan.

“Jadi aku rasa baik semua orang, kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok the whole video, apa yang diperbincangkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan