KUCHING, 9 Jan: Dua dikhuatiri maut dalam kebakaran melibatkan sederet rumah kedai di Kota Sentosa, di sini, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan laporan kecemasan mengenai kebakaran itu diterima pada 3.30 petang tadi.
Kanak-kanak OKU 12 tahun rentung dalam kebakaran rumah kedai Batu 7
Menurut laporan awal, kebakaran melibatkan empat buah unit kedai dan dua mangsa yang maut itu dipercayai terperangkap di tingkat atas bangunan dua tingkat yang terbakar.
Tindakan awal memadam kebakaran dilakukan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, BBP Tabuan Jaya dan BBP Kota Samarahan.
Ketika ini operasi memadam kebakaran masih giat dilakukan.
Laporan lanjut menyusul. -TVS