Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tertuduh diiringi anggota dan pegawai polis ketika keluar dari Mahkamah Majistret. Foto IPD Limbang

Dua kes samun berkumpulan, satu kes pecah rumah di Limbang tumpas

LIMBANG, 9 Jan: Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun berkumpulan dan satu kes pecah rumah dengan tertangkapnya sekumpulan lelaki dalam kejadian yang berlaku antara 14 hingga 20 Disember 2023 di sini.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata kejadian samun berkumpulan dan pecah rumah itu berlaku di rumah di Taman Springvale, Jalan Sibukang dan sebuah rumah di Kampung Kuala Awang, Bambangan yang tular baru-baru ini di sini,

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang telah menubuhkan satu pasukan khas yang di ketuai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

“Tindakan siasatan dan risikan telah di jalankan dengan gigih termasuk juga usaha mendapatkan maklumat daripada pihak penguatkuasa negara Brunei,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Parum usaha berkenaan telah berjaya menyelesaikan ketiga-tiga kes dengan tangkapan tersebut.

“Kes telah berjaya di tuduh di Mahkamah Sesyen Limbang semalam dan pesalah telah di jatuhkan hukuman iaitu dua hukuman masing-masing 10 tahun penjara dan empat sebatan,” katanya.

Parum menambah polis Limbang akan terus berusaha membanteras kegiatan jenayah di daerah ini dan berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan