Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan misteri dan berbungkus selimut berdekatan kebun kelapa sawit di tepi Jalan Kuala Tasek, Machang Bubok di sini kelmarin. Foto: IPD SPT

Misteri mayat berbungkus selimut terungkai

BUKIT MERTAJAM, 8 Jan: Mayat dalam keadaan berbungkus dengan kain yang ditemui di tepi Jalan Kuala Tasek, Machang Bubok kelmarin disahkan mayat seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, ini berdasarkan tiada kesan parut suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) pada mayat itu yang ditemukan kira – kira 2.50 petang.

Ujar Cheng San, tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat.

“Selain itu tiada kesan kecederaan seperti tikaman atau luka pada tubuh si mati yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat di Hospital Bukit Mertajam mendapati punca kematian adalah akibat saluran darah menyempit,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, polis sedang mengesan identiti si mati dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-538 2222 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan