Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar. Foto hiasan

SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.

Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Jan).

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan bermula pada 17 hingga 23 Jan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Jan) dan peperiksaan bertulis (30 Jan hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis tahun lepas.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan Op Payung bagi membantu calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh pada Sabtu lepas berkata sebanyak 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM.

Banjir di Johor merekodkan sejumlah 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS setakat 8 pagi ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan