Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Rohani Abdul Karim (kiri) menerima cenderahati daripada Dayang Noorazah Awang Sohor (tengah) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 Perkim Cawangan Sri Aman semalam. Foto, TVS.

Golongan muda dipelawa sertai aktiviti anjuran PERKIM Cawangan Sri Aman

SRI AMAN, 7 Jan: Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sri Aman memerlukan penglibatan aktif golongan muda bagi meremajakan organisasi berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penyertaan mereka akan dapat membawa idea baharu dan seterusnya meningkatkan produktiviti persatuan berkenaan.

Katanya, sebagai permulaan, golongan berkenaan dipelawa menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PERKIM.

“PERKIM Cawangan Sri Aman berbangga kerana masih giat melaksanakan pelbagai program setelah ditubuhkan selama 26 tahun.

“Ada persatuan lain mungkin sudah berpecah namun kita masih teguh, oleh itu saya ucapkan tahniah kepada semua kerana setia dengan perjuangan kita walaupun usia semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 PERKIM Cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman di sini semalam.

Yang turut hadir, Penyelaras PERKIM Cawangan Sri Aman, Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Sementara itu, Rohani berkata, PERKIM Cawangan Sri Aman bukanlah pertubuhan untuk warga emas sahaja serta tidak terhad kepada aktiviti keagamaan semata – mata.

“Persatuan ini sering dianggap sedemikian namun sebenarnya kita aktif melakukan pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur.

“PERKIM juga terbuka anjurkan aktiviti lain seperti riadah, sukan dan pendidikan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan