Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamidi dan isterinya berniaga makanan yang diberi nama Nasi Gulai Bang Midie. Foto Muhammad Hamidi Fiqri

Korbankan kerjaya chef di Singapura, demi isteri tercinta di Sarikei

ByLuqman Muhammad

SARIKEI, 6 Jan: Sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang chef di Singapura demi berada di sisi isteri tercinta, Muhamad Hamidi Fikri Amran berlapang dada dengan keputusan sekitar dua tahun lalu itu.

Pengorbanan besar itu kata anak kelahiran Temerloh, Pahang ekoran si isteri, Norliza Borhan, 34, berkhidmat sebagai seorang pensyarah jurusan kulinari di sebuah kolej, di sini.

Hamidi, 31, mengakui berat untuknya membuat keputusan itu memandangkan gajinya sebagai chef di kota singa sebelum ini sudah mencecah lima angka.

“Isteri saya berasal dari Sungai Petani, Kedah, selepas dua tahun tinggal berjauhan dengan isteri, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja di Singapura dan ikut isteri ke Sarawak.

“Ikutkan majikan di sana (Singapura) sangat baik dan berat hati lepaskan saya tetapi keadaan memaksa memandangkan Covid-19 ketika itu kembali teruk jadi menyukarkan perjalanan saya keluar masuk Singapura ke Malaysia,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Meskipun tidak mudah untuknya mengambil keputusan untuk bermastautin di Sarikei ini namun sebagai ketua keluarga Hamidi meneroka perniagaan kuliner ‘Nasi Gulai Bang Midie’ di sini berbekalkan kemahiran yang ada.

Bahkan perniagaannya sempat melakar pengalaman manis tahun lalu berikutan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan anakanda baginda menikmati nasi bungkus jualannya di tepi lebuh raya pada program Kembara Kenali Borneo sekitar September 2023.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan anakanda baginda makan nasi bungkus hasil jualannya di tepi jalan pada program Kembara Kenali Borneo September 2023

Menurut Hamidi, beliau tidak menyangka baginda sekeluarga berkenan untuk menyantap nasi bungkus jualannya.

“Saya sangat terharu sebab kebiasaannya kerabat ada protokol, bukan senang-senang keluarga diraja berpeluang menikmati hidangan kita,” uajrnya.

Sementara itu, Hamidi menyimpan harap air tangannya selepas ini terus diterima masyarakat setempat selain berazam ingin menyajikan lagi masakan-masakan Semenanjung di negeri ini.

“Saya harap masyarakat Sarawak dapat menerima masakan saya buat di Sarikei ini,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan