Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Foto fail Bernama

Tiong nafi minum arak, makan daging khinzir di pejabat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mencabar pihak yang menyebarkan fitnah menerusi aplikasi WhatsApp yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging khinzir di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.

Menerusi kenyataan di Facebook, Tiong berkata beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan.

“Tuduhan yang tidak berasas seperti ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya. Saya selalu menghormati semua kumpulan etnik dan agama yang ada di Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

“Apa yang jelas, mereka yang sengaja memburukkan nama saya berhubung perkara ini dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut meminta pihak yang membuat tuduhan tersebut agar mendedahkan identiti mereka, jika perkara itu benar dan mengingatkan setiap pihak agar tidak mewujudkan konflik perkauman serta kebencian demi kepentingan peribadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan