Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor (kiri) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang semasa Majlis Tahlil Tanah Perkuburan Kampung Hilir Sri Aman di Sri Aman pada Jumaat. Foto TVS

Program berkhatan beramai-ramai di Lingga tunggu kelulusan Hospital Sri Aman

SRI AMAN, 06 Jan: Program berkhatan beramai-ramai di Lingga yang menghimpunkan seramai 200 kanak-kanak bakal diadakan pada Februari depan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, perancangan itu akan dilangsungkan selepas mendapat kelulusan daripada pihak Hospital Sri Aman.

“Bulan Februari kelak Insya-Allah saya akan uar-uarkan sekiranya program ini diluluskan…ia diadakan bertepatan dengan musim cuti sekolah,” katanya pada Majlis Tahlil Tanah Perkuburan Kampung Hilir di Sri Aman pada Jumaat.

Dayang Noorazah mendedahkan lagi program itu nanti akan diadakan secara percuma. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan