Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) sebanyak 2.5 sen seunit bagi Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2024. foto Odleen Catherny (TVS)

Dividen interim ASSAR 2.5 sen seunit – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 5 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan pengagihan dividen interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) sebanyak 2.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Jelas beliau pengagihan julung kali pasca penstrukturan semula ASSAR ini akan melibatkan pengagihan sebanyak RM11.71 juta kepada 57,613 pelabur iaitu dikira berdasarkan baki pegangan unit pada 31 Disember 2023.

“Alhamdulillah, langkah penstrukturan semula yang berjaya disempurnakan pada 21 Oktober 2022 telah mula membuahkan hasil.

“Buktinya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit ASSAR telah meningkat secara konsisten kepada RM1.0854 pada 31 Disember 2023, iaitu pertumbuhan sebanyak 8.54 peratus sejak penstrukturannya,” kata beliau pada Majlis Pengumuman Pengagihan Dividen Interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Berita penuh menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan