Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kereta api membawa seramai 478 penumpang bertembung di laluan wilayah Cicalengka, Bandung, Jawa Barat, hari ini. Foto KAI

Tiga terkorban, puluhan cedera dalam insiden kereta api bertembung di Bandung

ByTVS

JAKARTA, 5 Jan: Tiga orang terkorban dalam insiden dua kereta api bertembung di laluan wilayah Cicalengka, Bandung, Jawa Barat, hari ini.

Laporan menyatakan, insiden membabitkan kereta api yang membawa 478 penumpang itu mengorbankan seorang pemandu, seorang pembantu pemandu dan seorang kru.

Seramai 24 lagi cedera dan kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

Kedua-dua tren tersebut iaitu KA Turangga dengan laluan Surabaya Gubeng – Bandung dan Kereta Api Laluan Komuter Bandung Raya bertembung di laluan yang sama antara Stesen Haurpugur – Stesen Cicalengka.

Menurut Setiausaha Korporat Kereta Api Indonesia (KAI) Raden Agus Dwinanto Budiadji, pihaknya telah menangani kemalangan itu dengan mengerahkan pasukan gabungan untuk memindahkan mangsa dan kereta api.

“Setakat ini pasukan itu telah menangani kemalangan yang berlaku manakala usaha seterusnya mengalihkan dua kereta api yang terhempas dan membaiki landasan kereta api yang rosak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, usaha pemindahan masih dijalankan dengan menghantar pasukan teknikal bagi memastikan tiada mangsa lain di lokasi kejadian dan menjalankan usaha pemindahan.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) turut terlibat menjalankan siasatan awal bagi mengetahui punca kemalangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan