Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mencari mangsa di dalam runtuhan bangunan yang runtuh di bandar Wajima, Ishikawa. Foto AFP

82 terbunuh, 80 hilang dalam gempa bumi Jepun

ByBernama

TOKYO, 4 Jan: Angka kematian meningkat kepada 82 orang di wilayah Ishikawa di tengah Jepun manakala jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan meningkat kepada 80 orang sehingga petang Khamis selepas beberapa siri gempa bumi sehingga 7.6 magnitud melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya pada Isnin, lapor Xinhua.

Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada Khamis berkata kapal pengangkut yang membawa makanan dan bekalan penting untuk menampung kekurangan bekalan dan air, dijangka tiba di pelabuhan Wajima atau pelabuhan Nanao di Wilayah Ishikawa menjelang petang Jumaat.

Pada mesyuarat di ibu pejabat tindak balas bencana kecemasan pada Khamis, Perdana Menteri Fumio Kishida menggesa anggota penyelamat menggerakkan segala sumber yang ada untuk memaksimumkan usaha menyelamatkan nyawa dalam tempoh 72 jam pertama selepas bencana.

Gempa bumi Jepun: Korban meningkat kepada 78 orang

Menurut pakar, tempoh 72 jam pertama selepas gempa bumi sangat penting untuk menyelamat kerana prospek untuk terus hidup semakin berkurangan selepas itu.

Dengan masa yang semakin suntuk, ramai penduduk dipercayai terperangkap di bawah runtuhan di bandar pesisir pantai Wajima yang mengorbankan 48 orang setakat ini, lapor Agensi Berita Kyodo.

Sebuah kapal pengangkut bersedia untuk memunggah turun jentera berat di pantai Wajima bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Dalam siri gegaran susulan, hampir 95,000 kediaman di wilayah itu mengalami gangguan bekalan air akibat kerosakan paip manakala lebih 34,100 orang berlindung di pusat penempatan sementara.

Beberapa siri gempa bumi kuat yang menggegarkan Ishikawa dan kawasan berhampiran itu turut mencetuskan amaran tsunami.

Kementerian Tanah berkata kawasan seluas kira-kira 100 hektar di Ishikawa turut terjejas akibat tsunami.

Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter itu yang diikuti beberapa siri gegaran susulan melanda kawasan berhampiran bandar Suzu di Semenanjung Noto di Wilayah Ishikawa pada petang Isnin.

Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakan bencana itu sebagai “Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan