Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni bersama para penerima sumbangan khairat kematian dan melanjutkan pelajaran ke IPT pada Isnin.

Dr Hazland serah sumbangan khairat kematian dan melanjutkan pengajian ke IPT

ByNazirah Adlina

KUCHING, 2 Jan: Seramai 150 orang dari zon Tabuan Melayu menerima sumbangan khairat kematian dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, sumbangan ini adalah secara one-off dan bertujuan untuk membantu meringankan beban serta memberi semangat para penerima sumbangan.

“Para waris yang kehilangan ahli keluarga dinasihatkan untuk merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan bantuan jika mereka masih mempunyai anak-anak yang bersekolah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Seramai 100 orang waris arwah menerima sumbangan sebanyak RM300 manakala 50 pelajar IPT pula menerima RM500 (Diploma) dan RM700 (Sarjana Muda).

Bantuan itu merupakan satu program dilaksanakan Dr Hazland yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar sejak 11 tahun berkhidmat sebagai ADUN.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata antara skim bantuan kebajikan yang disediakan JKM ialah Bantuan kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Am Negeri, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar dan Bantuan Latihan Perantis.

Selain itu beliau turut menasihati pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT untuk mengambil jurusan yang melibatkan kemahiran teknikal.

“Kumpulan pekerja profesional dalam bidang teknikal sangat diperlukan dalam mengendalikan projek-projek Kerajaan Sarawak khususnya dalam bidang industri baharu seperti teknologi hidro, solar, hidrogen, pengurusan karbon, alga dan tenaga sintetik,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan