Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan berlepas ke Doha, Qatar awal pagi ini bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024. Foto fail Bernama

Perjalanan Tahun Baharu Harimau Malaya penuh dengan harapan

ByBernama

SEPANG, 1 Jan: Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan berlepas ke Doha, Qatar awal pagi ini bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Kesemua pemain dan barisan kejurulatihan kelihatan segar dan bersemangat, selain sempat mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada peminat dan kumpulan media yang menanti ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, tengah malam tadi.

Pasukan negara dijadual berlepas ke Doha pukul 2.25 pagi ini menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH164.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia akan memulakan kempen saingan Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir 25 Januari.

Skuad Harimau Malaya menyasarkan untuk melakar sejarah layak ke pusingan 16 terbaik buat julung kali selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu.

Sebagai pemanas badan, anak buah Pan Gon akan berdepan Syira pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Doha, 8 Januari ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan