KUCHING, 31 Dis: Kumpulan pop sensasi Indonesia Dadali bakal kembali menghiburkan peminat tempatan bulan hadapan.
Penyanyi Dadali, Dyrga Dadali memberitahu khabar gembira itu ketika membuat persembahan hari kedua konsert Borneo SarxIndo di Kampung Budaya Sarawak, malam tadi.
“Insya-Allah pada 13 Januari nanti, kami akan ada di Sabah International Convention Centre,” kata Dyrga.
Selain itu Dadali turut melaungkan keterujaan mereka kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di Bumi Kenyalang ini.Sarawak terbaik!” laung Dadali.
Dadali merupakan kumpulan Indonesia yang mula menempah nama sejak tahun 2009.
Di konsert Borneo SarxIndo, Dadali mempersembahkan beberapa lagu popular mereka antaranya “Mendua”, “Disaat Aku Tersakiti” dan “Disaat Aku Mencintaimu”.- TVS