Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert yang mula sekitar jam 6 petang itu menghimpunkan pelbagai artis tempatan serta artis terkenal Indonesia. Foto TVS

Konsert Borneo SarxIndo meriahkan Kampung Budaya Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 31 Dis: Konsert Borneo SarxIndo memeriahkan Kampung Budaya Sarawak di hari kedua dengan kehadiran pengunjung tempatan mahupun luar negara.

Konsert yang mula sekitar jam 6 petang itu menghimpunkan pelbagai artis tempatan serta artis terkenal Indonesia.

Malam penuh ‘galau’ itu dimulakan dengan persembahan kumpulan tempatan ‘Meruked’ yang mula meraih perhatian sejak membuat persembahan di pentas Rainforest World Music Festival 2023.

Persembahan tersebut diikuti dengan persembahan muzik rancak oleh DJ Keyushee dan seterusnya persembahan Big Jamm yang penuh nostalgia dengan memainkan lagu Indonesia sekitar tahun awal 2000 iaitu Teman Tapi Mesra(Ratu, 2005) dan Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7, 2003).

Malam itu dimeriahkan lagi dengan persembahan pemenang Indonesia Idol tahun 2008, Aris Idol yang tidak ketinggalan membawa lagu kemenangannya, Harap Kan Sempurna.

Kumpulan Indonesia Dadali turut memeriahkan suasana konsert dengan membawa lagu mereka Mendua dan Disaat Aku Tersakiti dan Disaat Aku Mencintaimu.

Menghakhiri konsert adalah persembahan paling dinanti-nantikan, kumpulan pop Indonesia, Nidji yang mendendangkan beberapa lagu mereka seperti Laskar Pelangi, Biarlah dan Hapus Aku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan