KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan kerana mengalami diarea.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Muhyiddin telah mengalami diarea sejak semalam.
— BERNAMA