Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT). Foto Johor Southern Tigers (FB)

Solari, enam pemain tinggalkan JDT

ByBernama

JOHOR BAHRU, 28 Dis: Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.

JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan barisan kejurulatihan lain yang akan meninggalkan kelab itu ialah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.

Sementara pemain yang akan meninggalkan skuad Harimau Selatan setelah lama berkhidmat adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Sebastian Velazquez dan Diogo Luis Santo.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” menurut hantaran itu hari ini.

Menurut hantaran tersebut, lima pemain turut dipinjamkan keluar iaitu Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Haziq Nadzli.

JDT mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Super 10 musim berturut-turut sejak 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan