Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: APM Sabah

Sabah kembali dilanda banjir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Sabah kembali dilanda banjir selepas hampir seminggu pulih daripada bencana itu dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, melibatkan daerah Paitan dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan enam mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan manakala 142 mangsa daripada 36 keluarga berlindung di Masjid Nur Iman di Sandakan.

“Lima kampung terjejas akibat bencana banjir di Paitan manakala satu kampung terjejas di Sandakan. Bilangan mangsa dijangka meningkat dan pemantauan sedang dilakukan terhadap situasi banjir di kawasan terjejas,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, esok.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kelantan dan Terengganu merekodkan peningkatan malam ini manakala bilangan mangsa di Pahang berkurangan. -TVS

Tags: Banjir, pps, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan