Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kilang memproses nikel meletup di Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP), Morowali, Sulawesi Tengah. Foto, IMIP.

12 maut kilang proses nikel meletup di Sulawesi Tengah

JAKARTA, 24 Dis: Seramai 12 pekerja maut manakala 38 lagi melecur selepas sebuah kilang memproses nikel meletup di Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP), Morowali, Sulawesi Tengah.

 

Sebuah kilang memproses nikel meletup di Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP), Morowali, Sulawesi Tengah yang sebabkan 12 orang terkorban. Foto: IMIP

Mangsa yang maut dalam kejadian itu disahkan sebagai tujuh warga Indonesia dan lima pekerja asing dari China.

Letupan pada pukul 6.30 pagi tadi berlaku di sebuah kilang milik PT Indonesia Tsingshan Stainless Steel (ITSS).

Jurucakap IMIP Dedy Kurniawan berkata, letupan bermula ketika sekumpulan pekerja sedang membaiki relau dan memasang plat pada relau berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan