Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat Remaja Lemas Ditemui

ByOdleen Catherny

BINTAGOR, 30 JUN: Mayat remaja yang mandi di Sungai Bakong, Jalan KJD, Bintangor, petang Selasa ditemui pagi tadi.

Jasad remaja itu, Putra Fadillah Abdullah, 17 tahun, ditemukan oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat seawal jam 6 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin mangsa dilaporkan ditemui pada jam 6.40 pagi kira-kira 30 meter dari jambatan berdekatan, tempat mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa dianggarkan sudah lemas selama sepuluh jam daripada masa mangsa terjatuh.”

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan seterusnya akan dituntut oleh pihak keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Rabu.

Terdahulu mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam Sungai Bakong di Bintangor dari sebuah jambatan berdekatan.

Pada awalnya, mangsa dikatakan mandi bersama tiga orang rakannya di sungai berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan lebih kurang pada jam 3:48 petang berhubung kejadian itu.

Rakan mangsa telah cuba untuk menyelamatkan mangsa, tetapi gagal, kerana pada masa sama paras air sungai terbabit agak tinggi berikutan hujan lebat dan juga pertembungan air pasang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan pada jam 4 petang Selasa.

“Pihak bomba telah melakukan operasi mencari dengan berjalan kaki menyusuri tebing sungai terbabit.

“Namun demikian, hingga jam 7 petang, mangsa masih lagi belum ditemui, dan operasi telah ditangguh dan kemudiannya diteruskan pagi tadi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan