Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan (tiga, kanan) bersama pegawainya meninjau beberapa kawasan banjir selepas kawasan berkenaan dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Menerong. Foto Bernama

Banjir gelombang ketiga landa Terengganu

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 24 Dis: Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pagi ini dengan Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 102 orang daripada 25 keluarga ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun manakala satu di Marang.

Di Dungun, 69 orang daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan 21 orang daripada lima keluarga di Sekolah Kebangsaan Pusat.

Banjir: Mangsa di Terengganu, Kelantan, Selangor terus meningkat

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga pula berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai di Marang.

JPBN juga memaklumkan cuaca di sesetengah lokasi di Terengganu dilaporkan hujan.

Berdasarkan laman publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.72 meter (m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.69m), Sungai Telemong di Kuala Ping (20.1m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71m). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan