Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja penyelenggaraan ditemukan tidak sedarkan diri di bahagian bawah kabin kepala treler di sebuah pusat servis kenderaan di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini hari ini. Foto JBPM

Pekerja maut ketika selenggara lori

NIBONG TEBAL, 22 Dis: Seorang pekerja maut selepas tersepit di bawah kabin sebuah kepala lori ketika melakukan kerja penyelenggaran kenderaan terbabit di sebuah bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang cedera parag itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.14 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap sampai ke lokasi kejadian dalam tempoh kurang 10 minit.

Ujar beliau, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa iaitu pekerja penyelenggaraan yang tersepit berdekatan bahagian tayar hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bomba menggunakan peralatan khas bagi kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa sebelum berjaya dikeluarkan pada pukul 2.57 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebelum (mayat) diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan