Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana di Terminal Bas Kuching Sentral hari ini. Foto TVS

Tiket bas laris, habis dijual sempena Krismas ini

KUCHING, 22 Dis: Berbaki tiga hari lagi Hari Krismas, tiket bas ekspres dilaporkan habis dijual di sini.

Tinjauan TVS di Terminal Bas Kuching Sentral menyaksikan lokasi berkenaan sudah mulai sesak dengan para penumpang bas untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan itu kali ini.

Penyelia tiket Bas Asia, Marina Kadir berkata, orang ramai mula membeli tiket bas seawal 1 Disember lepas.

“Bas untuk ke Sibu dari 21 sehingga 23 Disember sudah penuh termasuk bas ke Miri dan Sarikei. Untuk 25 Disember masih dibuka untuk pembelian.

“Semoga kesemua penumpang balik kampung dengan keadaan selamat dan dipermudahkan sampai ke tempat yang ditujunya,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Dalam pada itu, penyelia tiket Bas Eva, Bia Sangau berkata, tempahan tiket bas laris dijual sejak cuti sekolah yang lalu susulan itu pihaknya menyediakan bas tambahan bagi pelanggan yang belum sempat membeli tiket.

“Pagi ini, semua bas penuh, biasalah hari perayaan. Kami ada bas tambahan pukul 10 malam dan itu sahaja yang tinggal.

“Semua dalam keadaan terkawal dan lancar. Namun, ada penumpang yang mahu tukar tiket tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bas semua dah penuh,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang penumpang bas, Lisa Marie Sambai menzahirkan keterujaannya untuk menyambut Krismas kali ini sambil mendedahkan telah menempah tiket bas awal sebelum ini.

“Saya berasa teruja, walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa tadi sebab baru habis kelas di kampus lalu saya terus pergi ke sini.

“Harapnya sambutan kali ini meriah walaupun sekarang COVID-19 mula meningkat lagi. Jadi, kita perlu berhati-hati dalam menyambut Hari Krismas,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan