Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 100 tan serbuk whey yang disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam. Foto MAQIS.

100 tan serbuk dadih dari Ireland bernilai RM400,000 disita

BUTTERWORTH, 21 Dis: Kira-kira 100 tan serbuk dadih tidak sempat diimport ke negara ini selepas produk berkenaan disita oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Penyitaan itu dilakukan menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

MAQIS Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, produk tenusu dari Ireland itu dirampas selepas didapati dokumen yang diisytiharkan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

“Pihak pengimport telah mengemukakan maklumat loji pemprosesan pada barang dagangan yang berbeza dengan maklumat loji pemprosesan yang dinyatakan pada sijil kesihatan dan permit MAQIS.

“Produk seberat 100,000 kilogram dan bernilai RM400,000 itu yang terdapat di dalam empat buah kontena telah disita bagi siasatan lanjut,” ujar kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan