Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu lelaki warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan terminal kapal persiaran, Jeti Swettenham di sini hari ini. Foto JPJ.

JPJ sita kereta import dipandu lelaki pemegang kad UNHCR

GEORGE TOWN, 21 Dis: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga asing yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jeti Swettenham di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Shahrul Azhar Mad Dali berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan ketika sedang menghantar kereta jenis Honda Jazz itu kepada penyewa.

Katanya, lelaki itu yang tiada lesen memandu dikatakan pekerja kepada sebuah syarikat kereta terpakai yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

“Dia didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah selain menjalankan perkhidmatan awam tanpa permit.

“JPJ turut mengeluarkan saman kepada pemandu itu dan pemilik kereta serta menyita kenderaan mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan