KUCHING, 21 Dis: Pemain import Kuching City FC, Yuki Tanigawa menamatkan zaman bujangnya hari ini dengan seorang wanita Sarawak, Hanisha Ibrahim.
Menerusi hantaran di insta story Instagram Yuki berkongsi gambar memegang tangan seorang wanita.
Masih ada 90 minit untuk Kuching City FC lebur agregat PDRM FC – Aidil
Sementara itu, menerusi Facebook Ramiah Tahir, wanita itu turut berkongsi gambarnya bersama pasangan pengantin di atas pelamin.
Difahamkan majlis perkahwinan itu berlangsung di Matang Jaya.
Yuki, 26, pemain pertahanan yang berasal dari Shiga, Jepun mula menyertai skuad The Cats pada musim lepas.
Sepanjang bersama skuad berkenaan, dia menghasilkan dua gol dalam saingan Liga Super selain membantu pasukannya muncul naib juara Piala Cabaran MFL 2023. -TVS