Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berusia 48 tahun hadir ke mahkamah sebelum dijatuhi hukuman denda RM500 di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. Foto, TVS.

Pegawai APMM bersalah terima rasuah RM500, didenda RM7,000

BUTTERWORTH, 21 Dis: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapti bersalah menerima rasuah RM7,000 pada 2017.

Tertuduh berusia 48 tahun dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara enam bulan. Lelaki itu bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai penjawat awam iaitu Bintara Muda Maritim Gred T6 yang bertugas di APMM didakwa menerima wang RM500 daripada seorang pemilik perniagaan yang mana tertuduh mengetahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Wisma Jelutong dalam daerah Timur Laut dekat sini pada 17 April 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, mahkamah melepas tanpa membebaskan tertuduh bagi empat lagi pertuduhan sama membabitkan rasuah berjumlah RM7,400 yang didakwa dilakukan antara Jun hingga Ogos 2018.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkifli.

Tertuduh diwakili peguam, S.P. Raman.

Terdahulu pada Julai lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kelima-lima pertuduhan itu membabitkan rasuah yang keseluruhannya sebanyak RM7,900.

Dia dibebaskan dengan jaminan RM10,000 sebelum membuat pengakuan bersalah bagi salah satu pertuduhan tersebut ketika sebutan kes hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan