Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Foto fail Bernama

Kerajaan teliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menerusi catatan di Facebook, Azalina berkata cadangan itu dibincang dalam perjumpaan beliau dengan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan pihak mahkamah di Istana Kehakiman hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkaitan undang-undang komersial.

“… dan juga mempertingkat keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui model yang bersesuaian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan