Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Identiti wanita yang ditikam hingga menembusi bahagian jantung pada Isnin lepas disahkan sebagai seorang penyanyi tempatan. Foto hiasan Envato.

Wanita ditikam hingga tembus jantung disahkan sebagai penyanyi tempatan

ByNadhir Azfar

KLANG, 20 Dis: Identiti wanita yang ditikam hingga menembusi bahagian jantung pada Isnin lepas disahkan sebagai seorang penyanyi tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 26 tahun dikenali sebagai Xu Jia Ling seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Lelaki tikam kenalan wanita hingga tembus jantung selepas makan tengah hari

Hoong Fong berkata, suspek menagih cinta penyanyi itu sejak dua tahun lepas berasa cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, cemburu dipercayai menjadi motif wanita itu ditikam sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Chi Liung, Klang.

“Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 44 tahun dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

“Difahamkan berlaku pergaduhan selepas mereka makan tengah hari di sebuah restoran sebelum suspek bertindak menikam wanita berkenaan berdekatan keretanya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Semalam Hoong Fong mengesahkan bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan.

“Punca kematian adalah disebabkan kesan tikaman di dada yang menembusi jantung mangsa,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan