Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa. Foto AFP.

Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4 km

ByBernama

REYKJAVIK, 19 Dis: Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua jalan menuju Grindavik ditutup dan pihak polis menyeru orang ramai supaya menjauhi kawasan itu serta memberi amaran gas yang terhasil boleh menjadi toksik.

Bagaimanapun, trafik udara di Iceland tidak terjejas.

Letusan bermula pada petang Isnin di utara bandar Grindavik dan sebelum ini seramai 4,000 penduduk telah dipindahkan pada November sebagai langkah awal.

Menurut ahli vulkanologi Armann Hoskuldsson, rekahan di gunung berapi sudah mencecah hingga empat kilometer menjelang awal pagi.

Rekahan itu jauh lebih panjang berbanding letusan di Semenanjung Reykjanes sejak tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Aliran lahar juga jauh lebih besar iaitu sekitar 100 hingga 200 meter padu sesaat.

Hoskuldsson menganggarkan letusan akan berlangsung selama tujuh hingga 10 hari.

Letusan itu juga telah menyebabkan penutupan sementara Blue Lagoon iaitu antara pusat tarikan pelancong paling terkenal di Iceland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan