Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemakaian pelitup muka digalakkan semasa orang ramai berada di dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh negara. Foto hiasan Envato.

COVID-19: Pelitup muka tidak wajib di dalam pengangkutan awam, orang ramai digalak pakai – Loke

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam pengangkutan awam buat masa ini, namun orang ramai digalakkan memakainya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka digalakkan semasa orang ramai berada di dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh negara.

“Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri (berkaitan hal ini).

“Setakat ini, tidak ada kewajipan (memakai pelitup muka semasa berada dalam pengangkutan awam), kita hanya menggalakkan. Jadi, itu terpulang kepada penumpang atau orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keadaan semasa kes COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 KKM.

Dzulkefly berkata, kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Disember adalah 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan